Pengguna
  • 6.9
  •  
Softonic
  • 8
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 98
  • Windows 98 SE
  • Windows ME
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
Deluxe 1.02004-05-26
Muat turun bulan lepas:
1,934,134
Saiz:
5.84 MB
Pembangun:

Mempertahankan tengkorak emas dengan menggunakan katak penembak bola

Zuma permainan teka-teki yang terlalu mudah, dan pastikan, akan membuat anda sangat ketagih kepadanya. Malah ia menyebabkan orang-orang seperti saya yang cuba mengelak daripada bermain permainan teka-teki menjadi seperti plag yang melekat di komputer.

Anda mengawal seekor katak kecil dalam satu persekitaran purba alam Aztec yang berputar di dalam satu paksi. Katak akan mengeluarkan daripada mulutnya pelbagai bola berwarna-warni yang akan memusnahkan bola-bola lain yang mengelilingi katak tersebut. Bola-bola ini sedang menuju ke ruangan tengah paksi untuk mendapatkan tengkorak emas yang suci. Tugas anda di dalam Zuma ialah memastikan katak tersebut mengeluarkan bola yang mencukupi untuk memusnahkan bola-bola lain yang akan ke tengkorak emas sebelum anda tiba.

Tarikan Zuma ialah bola-bola dalam tiga warna berbeza – merah, hijau dan kuning. Anda boleh mengeluarkan bola-bola dalam warna yang sepadan tetapi hanya satu biji pada satu masa. Dengan tiga bola atau lebih diatur sederet, sekiranya anda menembak mana-mana bola dalam warna yang sama, maka bola-bola itu akan hilang dan anda akan memperolehi mata. Ada kalanya anda boleh menukar warna bola yang dikeluarkan dengan klik butang tetikus di sebelah kanan – tekan butang kiri pula untuk menembak. .

Zuma ada dua mod - Adventure dan Gauntlet, walau pun begitu sukar untuk membezakan antara dua. Kedua mod mempunyai permainan yang sama, muzik suku yang funki dan grafik serta bunyi yang hebat. Ia dengan mudah boleh menyebabkan anda ketagih apabila mula sahaja bermain, dan agak terapeutik melihat bola-bola itu berkurangan apabila ditembak. Kekurangannya hanyalah ia boleh dianggap terlalu mudah kerana bola-bola tersebut bergerak agak perlahan.

Zuma ialah satu permainan hebat untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Perlu diketahui bahawa dalam versi percubaan ini, anda dihadkan selama 60 minit untuk bermain.

Bagus
  • Permainan yang mudah
  • Grafik dan bunyi yang hebat
  • Permainan yang membuat anda ketagih
  • Juga sesuai untuk kanak-kanak
Tidak bagus
  • Tiada banyak perbezaan antara mod Adventure dan Gauntlet
  • Bola-bola bergerak terlalu perlahan

Muat turun: Paling Banyak Buih

  1. PES 2012

    Sim bolasepak yang pintar dan cantik dilihat

  2. Minecraft
  3. Plants vs. Zombies
  4. FIFA 13
  5. FIFA 12